Tawali' Sadiyah

Tawali' Sadiyah

KITAB TAWALI' SA'DIYAH

 ( Kitab Penting Buat Pendakwah & Pencinta Ilmu Dakwah )


Dakwah adalah amanah besar dalam Islam, menuntut pengorbanan masa, tenaga, dan jiwa. Untuk menyampaikan kebaikan secara berkesan, seseorang pendakwah perlu menguasai teknik, adab, dan sifat-sifat yang benar. Justeru, kitab ini sangat penting untuk dimiliki oleh sesiapa yang ingin memperdalam ilmu dakwah dan menyampaikannya secara hikmah.


 Susunan al-Habib Muhammad As-Saqqaf (Fattabi‘uni)

 Kitab ini susunan  al-Habib Muhammad As-Saqqaf (Fattabi‘uni)  yang menghimpunkan teknik dan kepentingan dakwah dalam Islam secara praktikal dan mudah difahami. Ia mengajak pembaca untuk menghayati peranan sebagai pendakwah dalam kehidupan seharian dan cara mempengaruhi orang lain dengan hikmah dan kasih sayang.


Kitab ini juga disertakan dengan kitab istimewa Susunan al-‘Allamah al-Habib Umar bin Hafiz iaitu kitab al wasiyat yang membincangkan sifat-sifat terpuji yang perlu dimiliki oleh seorang pendakwah, serta sifat-sifat tercela yang mesti dielakkan. Ia menjadi panduan akhlak dan keperibadian bagi sesiapa yang ingin menyampaikan dakwah dengan keberkesanan dan diterima masyarakat.



 Kedua-dua kitab ini turut disertakan matan Arab asal di bahagian belakang, menjadikan ia sesuai untuk para penuntut ilmu, pendakwah, serta mereka yang ingin memperkukuh penguasaan bahasa Arab dan kefahaman dalaman.

 Spesifikasi:
▪ Saiz: A5 (mudah dibawa dan dibaca)
▪ Jumlah halaman: 208 muka surat
▪ Susun atur mesra pembaca dan padat dengan ilmu yang aplikatif

 Sesuai untuk:
▪ Pendakwah
▪ Influencer Muslim
▪ Guru & pendidik
▪ Penuntut ilmu
▪ Mereka yang ingin menyampaikan kebaikan dengan cara yang betul

 Miliki sekarang! Tingkatkan kefahaman, kukuhkan keperibadian – agar dakwah anda bukan sekadar kata, tetapi juga qudwah.



Wasap Kami